BOOM GAMES
huhuhu.. korang penah dengar permainan ini tak?
ha!, korang semua mesti tertanya-tanya apa itu permainan boom games ni?
BOOM GAMES adalah suatu permainan yang di mainkan secara beramai-ramai dan permainan ini biasanya dimainkan di dalam suatu perkhemahan.
sebenarnya aku pun kurang arif dengan permainan ini..
permainan ini diperkenalkan oleh saudara rapat aku yang bernama abu halifah atau lebih dikenali sebagai abu... dy memperkenalkan permainan ini kepada aku dan rakan-rakan sewaktu aku menjadi salah seorang urusetia perkhemahan,
perkemahan ni diberi nama PERKHEMAHAN BELIA MAYC KAW KLANG 1yang dianjurkan oleh encik Azmi Bin Chik, salah seorang yang penah berkhidmat untuk belia di kawasan klang.
berbalik kepada permainan BOOM GAMES..
boom games dimainkan didalam kawasan yang luas dan terbuka,, ianya haruslah jauh dari sebarang perkara yang boleh menyebabkan kecederaan.
permainan boom games ini mempunyai seorang komander yang akan memberi arahan kepada tentera-tenteranya.
setiap tentera haruslah mematuhi segala arahannya,
antara arahan yang diberi oleh komander adalah seperti berikut:-
- Tanah
- Post 1
- Post 2
- Boom
Arahan dan tindakan
Tanah
setiap tentera diminta mengankat kedua-dua kalinya dari memijak tanah
atau setiap tentera diminta supaya tidak memijak tanah.

Post 1
setiap tentera haruslah bergarak dengan pantas menuju ke post 1 yang telah ditetapkan oleh komander.

Post 2
setiap tentera haruslah bergerak dengan pantas menuju ke post 2 yang telah ditetapkan oleh komander.

Boom
setiap tentera haruslah melakukan aksi seperti diboom dan seterusnya mati, arahan boom biasanya di arah sewaktu arahan post dikenakan.
(semua arahan ini aku rase betul kut.. huhu.. kalu salah tu aku rase name arahan jer kut..)
permainan ini dapat meningkatkan kesihatan para-peserta perkhemahan selain peserta dapat mempelajari mengenai kepentingan mendengar arahan dan tindakan yang harus dilakukan mengikut arahan yang diberikan kepadanya.
selain itu permainan ini dapat memulihkan semangat para-peserta yang selalunya lemah dan khayal dalam melakukan sebarang aktiviti yang dijalankan.
ha.. korang semua dah pahak ker cara permainan ini dimainkan?
kalu korang tak paham lagi korang boleh lah join perkhemahan ini suatu hari nanti.
ha!. kalau tak silap aku lah.. ujung tahun ini perkhemahan ini akan di adakan..
jadi korang semua kenelah kumpul duit dari sekarang..
huhuhu...

0 ulasan:
Catat Ulasan