Asyraf Selamat Jalani Pembedahan
11/08/201Mohammad Asyraf Haziq Rossli yang dirompak ketika melintasi kawasan rusuhan di East Barking, London selamat menjalani pembedahan rahang lewat petang semalam.
Pembedahan berlangsung di Hospital Royal London.
Asyraf kini dilaporkan sihat dan bersemangat tinggi meneruskan pengajiannya di ibu kota itu.
Semasa kejadian, pelajar Kolej Antarabangsa Kaplan itu dibantu oleh seorang wanita tempatan.
Wanita terbabit membawanya pulang untuk ditenangkan sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Beliau juga bertindak menghubungi rakan Asyraf yang lain.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Di Britain, Wan Zaidi Wan Abdullah berada di hospital ketika Asyraf menjalani pembedahan.
WAN ZAIDI WAN ABDULLAH / TIMBALAN PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA DI UNITED KINGDOM
Asyraf sedang menjalani pembedahan sekarang namun keadaannya stabil dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Rusuhan dan keganasan yang berlaku sejak beberapa hari lalu, mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat malaysia di London dan seluruh UK kerana situasi itu menjejaskan mereka secara langsung atau tidak langsung. Kami berharap situasi kembali normal secepat mungkin.
Turut menghulurkan bantuan kepada Asyraf adalah Pengerusi Kelab Umno London, Dzuhair Hanafiah.
DZUHAIR HANAFIAH / PENGERUSI KELAB UMNO LONDON
Dia mengalami patah rahang, gigi dan pipi bengkak namun secara keseluruhannya dia dalam keadaan baik. Semalam ketika kami bertemu, dia amat bersemangat dan berjenaka serta ketawa dengan kami. Dia dalam keadaan sihat dan lebih baik.
Rusuhan kali ini juga sesuatu yang menggemparkan buat pengendali kantin Malaysian Hall, Kamaruddin Ahmad.
KAMARUDDIN AHMAD / PENGENDALI KANTIN MALAYSIAN HALL
Sangat, sangat mengejutkan kerana tidak pernah berlaku di London. Saya telah berada 15 tahun di sini, tidak pernah berlaku keadaan sebegini tetapi kami sangat terkejut terutamanya masyarakat Malaysia.
Turut melawat Asyraf ketika di hospital, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dan isteri.
Keluarga Muhammad Asyraf terharu
12/08/2011KUALA LUMPUR 11 Ogos - Keluarga Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, pelajar Malaysia yang cedera dibelasah oleh perusuh di London, Selasa lalu bersyukur dan terharu atas keprihatinan UMNO menaja mereka sekeluarga ke London untuk melawat anaknya.
Sambil berterima kasih, ibu Muhammad Asyraf Haziq iaitu Maznah Abu Mansor, 47, menyifatkan bantuan kira-kira RM20,000 itu amat bermakna.
"Sebelum ini kami sekeluarga bertanyakan saudara-mara dan rakan-rakan jika ada pihak tertentu yang boleh membantu memandangkan kami tidak mampu untuk ke sana.
"Alhamdulillah, UMNO menghulurkan bantuan bukan setakat membelikan tiket untuk saya dan suami (Rossli Harun), malah untuk anak bongsu kami, Muhammad Fitri yang sangat rapat dengan abang sulungnya itu," katanya.
Maznah berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan bantuan tiket ke London oleh UMNO yang diwakili oleh Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan kepada ibu dan bapa serta adik bongsu Muhammad Asyraf Haziq di sini, hari ini.
Selain bantuan tiket, segala urusan mereka seperti makan dan minum serta penginapan dan pengangkutan sepanjang di sana ditanggung oleh Kelab UMNO London.
Bercerita mengenai apa yang berlaku kepada Muhammad Asyraf Haziq, Maznah yang merupakan seorang guru berkata, mereka sekeluarga mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh pegawai Majlis Amanah Rakyat pukul 9 pagi kelmarin.
Pada mulanya, mereka beranggapan Muhammad Asyraf Haziq dibelasah oleh kumpulan samseng namun, tidak menyangka ia berpunca daripada perusuh yang menyertai demonstrasi jalanan.
Muhammad Asyraf Terkejut Melihat Rakaman Dirompak
12/08/2011Pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, yang diserang di timur London, 4 hari lalu, tampil dalam satu sidang media di London.
Beliau menceritakan kembali detik-detik cemas ketika dirompak, selain perasaannya melihat sendiri rakaman kejadian itu yang kini tersebar di laman web Youtube.
MUHAMMAD ASYRAF HAZIQ ROSSLI
I feel sorry for them but it was really sad because amongst them, there were children. It was very sad. It was quite shocking, you know, because I expect to be someone older but then there was this boy.
(Soalan: It didn't upset you to see that video?)
I don't believe it myself, because, 'is that really me'?
Ketika kejadian, Muhammad Asyraf, 20 tahun sedang berbasikal bagi membeli juadah berbuka puasa apabila dikepung oleh sekumpulan 20 remaja dan kanak-kanak.
Mereka kemudian merampas basikal dan telefon bimbitnya selain menyerangnya menyebabkan tulang rahangnya patah.
Kejadian itu menggemparkan Britain, sehinggakan Perdana Menteri Britain, David Cameron menyifatkan kejadian itu sebagai satu tanda-tanda keruntuhan moral dan akhlak masyarakat di Britain.
0 ulasan:
Catat Ulasan